Dingin Malam Sendunya Menyapa Hati |
Blog Penulisanmmy merupakan penghasilan nukilan cetusan rasa penulis buat diabadikan di dalam blognya. Penulisan berdasarkan keadaan sekeliling, pengalaman kehidupan seharian yang dilalui dan dari pemerhatian penulis, maka lahirlah penulisan cetusan idea dan rasa buat tatapan semua. Penulisan ini diharapkan tiada menggores perasaan insan yang lain, ianya dihasilkan untuk penulisan kreatif penulis....
Saturday 13 July 2013
Puisi-puisi mmy/maz
Sejenak Bersama Rindu
Sejenak Bersama Rindu
Sayang…
Angin
malam sampaikanlah rindu ini…
Begitu
menghangat melanda jiwa…
Lamunan
pasti meruntun kalbu..
Tak
kala saratnya kerinduan ini….
Menghimpit
perasaan dalam kesepian…..
Sayang…
Kerinduan
payah nak diluahkan….
Ianya
menyapa jiwa tanpa diundang…
Dalam
lena maupun jaga…
Rindu
ini tetap hinggap di memori nyata…
Kekadang
sukar dibendung teramat rindunya…
Sayang…
Bayangan
rindu kian mengejar jiwa..
Namun
apakan daya pasrah menerima takdir…
Keadaan
memisahkan jasad nurani…
Utara
selatan jurang berbeda….
Entah
bila kan bertaut di pertemuan terindah…
Hanya
masa dan detik penentu segala…
Iringan
doa di pohonkan…
Sayang…
Kasihmu
sukar di tukar ganti…
Belaian
sayangmu dibuai mimpi indah…
Cintamu
luhur sesuci embun pagi….
Rindu
ini kian menyata tak dapat diluahkan…
Pastinya
mengharap dalam sebuah pertemuan…
Agar
terlerai rindu yang terpendam…
Bahagia
kan jadi milik bersama…
mmy/maz
Puisi : Selagi Rindu Sayang Tak Kan Hilang
Selagi Rindu Sayang
Tak kan Hilang
Tiap
kali rindu menyapaku…
Mana
mungkin kasih kan lenyap…
Malahan
makin bertaut bersemi sebati di jiwa…
Semakin
hari semakin sayang…
Gelora
rindu menjelma setiap saat…
Bayangan
indah bilakan bersama…
Dugaan
kasih kerap menghampiri…
Namun
selangkah tiada tewas…
Cintaku
sejati janji tak terungkai…
Jauh
di sudut hati harapan mengunung…
Agar
cinta kasih sayang kan terus mekar…
Seharum
kasturi di waktu pagi…
Sesubur
pepohon nan menghijau…
Sesejuk
salju nan memutih menyirai bumi…
Begitulah
andaian kasih sayang di hati ini….
mmy/maz
Puisi : Nilaian Rindu
Nilaian
Rindu
Sayangku…
Saat malam
nan menjelma..
Ku tatap langit berbintang…
Impian ku
ingin beradu diawan biru…
Rindukan belaian
kasih sayangmu…
Sayangku…
Kau yang ku kasih sepenuh hati…
Kau yang ku dambakan seharum kasturi…
Tanpamu sayang hatiku kesunyian…
Meratap hiba di kelam malam dingin…
Bisikan rindu gemersik di alunan sepi..
Sayangku…
Luahan rasa dalam penantian terukir…
Tak jemu menanti ke penghujung…
Mana mungkin terhakis sayang di hati….
Makin mekar menyubur di jiwa bersinar indah…
Harapan hati moga rindu kan lenyap…
Kasih sayang berpadu di tautan bahagia…
Nilaian rindu terhimpun di tasik kasih…
mmy/maz
Puisi : Ibuku Sayang
Ibuku Sayang
Sedari kecil hingga
dewasa…
Pengorbananmu tiada
terhingga…
Ranjau duri sengsara
silih berganti…
Perit jerih hidup dilalui
dengan ketabahan…
Kesabaran sentiasa
bertahta di hati kecil ibu…
Tiap kali mengharungi
liku-liku kehidupan…
Demi sesuap rezeki untuk
anak-anak tersayang…
Kini ibuku telah di mamah
usianya…
Hanya mengharap belai
ehsan anak tercinta…
Tulang temulang kian
merapuh tiada berdaya…
Ingatannya makin pudar
dalam meniti hari mendatang…
Kekuatan dulunya hanya
tinggal semangat menjadi teman..
Nalurinya mudah
terusik di jiwa penuh keanak-anakan…
Wahai anak-anak yang
disayangi….
Semasa usia ibumu masih
dipinjamkan yang esa…
Hargailah dan berikanlah
setitik perhatian…
Bukan emas permata yang didambakan….
Tidak jua wang berjuta
yang diinginkan…
Ianya hanya secebis kasih
sayang nan suci…
Untuk mengakhiri
penghujung usianya….
Dekatilah dan sayangilah
selagi usia nya masih ada…
Andainya telah tiada
hanya iringan doa anak solehah
diharapkan…
Sayang-sayang ibuku
sayang…..
mmy/maz…
Puisi : Hanya Aku Cintakan Kau Seorang
Hanya Aku Cintakan Kau Seorang
Hadirmu sayang tanpa ku sedari…
Yang telah mengisi kekosongan hatiku…
Kini kau pergi jua
meninggalkan diriku…
Lemas ku dalam dingin malam nan sepi…
Sesepi jiwa yang kian
merana…
Titisan hujan yang turun
ke bumi…
Bagai membawa rindu yang
mengunung…
Mengapa kau biarkan ku
sendiri merintih…
Malam ku seolah tanpa
mimpi nan indah…
Makin kurasa dalam
putaran alam yang membisu…
Dalam diam tangan ku kau
lepaskan tanpa haluan…
Setelah jiwa ku dan hatiku ditawan dengan cinta sejati..
Tika ini takdir telah
memisahkan antara dua hati…
Hebatnya seksaan yang
dialami bagai
terhiris sembilu berbisa…
Kerana ku pasti hanya aku cinta kau seorang…
Wahai angin malam ku
kirimkan cintaku…
Agar terhapusnya rasa rindu yang begelora…
Entah bila kan terhapus
badai jiwa yang melanda…
Harapan ku titipkan mana
mungkin perpisahan terjadi…
Mentari dalam kabus kan
menyinar jua ke penghujungnya…
Yang kan membawa sinar
bahagia dalam taman mewangi…
Di hujung rindu kasih
bersemi dalam
cebisan sayangkan menanti
….
mmy/maz
Subscribe to:
Posts (Atom)