Saturday 13 July 2013

Puisi : Hanya Aku Cintakan Kau Seorang

Hanya Aku Cintakan Kau Seorang

Hadirmu  sayang tanpa ku sedari…
Yang telah  mengisi kekosongan hatiku…
Kini kau pergi jua meninggalkan diriku…
Lemas ku  dalam dingin malam nan sepi…
Sesepi jiwa yang kian merana…

Titisan hujan yang turun ke bumi…
Bagai membawa rindu yang mengunung…
Mengapa kau biarkan ku sendiri merintih…
Malam ku seolah tanpa mimpi nan indah…
Makin kurasa dalam putaran alam yang membisu…

Dalam diam tangan ku kau lepaskan tanpa haluan…
Setelah jiwa ku  dan hatiku ditawan dengan cinta sejati..
Tika ini takdir telah memisahkan  antara dua hati…
Hebatnya seksaan yang dialami bagai
terhiris sembilu berbisa…
Kerana ku pasti  hanya aku cinta kau seorang…

Wahai angin malam ku kirimkan cintaku…
Agar terhapusnya  rasa rindu yang begelora…
Entah bila kan terhapus badai  jiwa yang melanda…
Harapan ku titipkan mana mungkin perpisahan terjadi…
Mentari dalam kabus kan menyinar jua ke penghujungnya…
Yang kan membawa sinar bahagia dalam taman mewangi…
Di hujung rindu kasih bersemi dalam
cebisan sayangkan menanti ….

mmy/maz




No comments:

Post a Comment