Saturday 13 July 2013

Puisi : Ibuku Sayang




Ibuku Sayang

Sedari kecil hingga dewasa…
Pengorbananmu tiada terhingga…
Ranjau duri sengsara silih berganti…
Perit jerih hidup dilalui dengan ketabahan…
Kesabaran sentiasa bertahta di hati kecil ibu…
Tiap kali mengharungi liku-liku kehidupan…
Demi sesuap rezeki untuk anak-anak tersayang…

Kini ibuku telah di mamah usianya…
Hanya mengharap belai ehsan anak tercinta…
Tulang temulang kian merapuh tiada berdaya…
Ingatannya makin pudar dalam meniti hari mendatang…
Kekuatan dulunya hanya tinggal semangat  menjadi teman..
Nalurinya mudah terusik  di jiwa penuh keanak-anakan…

Wahai anak-anak yang disayangi….
Semasa usia ibumu masih dipinjamkan yang esa…
Hargailah dan berikanlah setitik perhatian…
Bukan emas permata yang didambakan….
Tidak jua wang berjuta yang diinginkan…
Ianya hanya secebis kasih sayang nan suci…
Untuk mengakhiri penghujung usianya….
Dekatilah dan sayangilah selagi usia nya masih ada…
Andainya telah tiada hanya iringan  doa anak solehah diharapkan…
Sayang-sayang ibuku sayang…..

mmy/maz…

l



No comments:

Post a Comment