Tuesday 3 May 2011

Cerpen Pendek : Cinta Mia Maisyarah


Cerpen : Cinta Mia Maisyarah

Mia Maisyarah begitu indah namanya secantik orangnya. Orangnya kecil molek, paras rupanya manis tak jemu mata memandang, ditambah dengan sentiasa memakai tudung, begitu ayu sekali. Ramai jejaka dikampusnya cuba mendekatinya tapi ditolaknya dengan sopan. Katanya belum masanya lagi, berikan ruang padanya untuk mengejar cita-citanya terlebih dahulu.

Cita-cita gadis ini cukup murni, ingin menjadi seorang pendidik. Impian dan hasratnya ini dipendam dari bangku sekolah lagi. Mia amat menyanyangi kanak-kanak. Itu sebab ianya memasuki Maktab Perguruanpn mengambil jurusan untuk sekolah rendah. Sekarang mia belajar di salah sebuah maktab perguruan di pantai timur. Semasa memohon memasuki maktab dulu, mia tidak putus-putus berdoa kehadrat allah supaya permohonannya diterima. Mia bersyukur apabila surat tawaran diterima dengan penuh rasa kegembiraan. Ibubapa mia menghantar mia ketika mendaftar untuk memasuki maktab perguruan. Mia memasuki maktab dengan langkah bersemangat dan keazaman yang tinggi. Ingin berjaya menjadi seorang pendidik yang boleh mendidik anak bangsanya sendiri. Syukurlah mia sekarang di tahun akhir. Setiap tahun mia mendapat anugerah pelajar cemerlang dikampusnya.

Di saat-saat mia akan menghabiskan pengajiannya di tahun akhir ini, suatu hari mia didekati oleh seseorang ketika asyik mentelaah di sudut bangku di dalam kampusnya. ‘Assalamualaikum, sorang aje’, kata seorang pemuda yang cuba ingin mendekatinya. Mia terkejut, pelahan-lahan mia mengangkat mukanya melihat pemuda tersebut. Belum sempat mia menjawab salamnya, ia bersuara lagi ‘Saya Khairul, tenaga pengajar kat sini baru mendaftar semalam’, katanya lagi tanpa diminta. Mia terpaku memandang pemuda tersebut. Orangnya tinggi, cerah dan hansome. Begitu kemas berpakaian, siap memakai tai. Berdetik hati mia ‘Ya Allah. Kenapa ni tiba-tiba ada insan menjelma di depan di saat-saat aku nak exam final ni, tapi kalau aku tak jawab nanti dikatakan aku sombonglah pulak,’ Mia lantas menjawab salam dan memperkenalkan dirinya. Mia terus berkata lagi ‘ oklah encik Khairul saya minta diri dulu, saya nak pergi perpustakaan, esok saya ada test,’ dengan sopan dan lembut mia mohon diri. Khairul dengan senyum penuh bermakna membiarkan mia pergi dengan harapan dia dapat bertemu lagi. Hatinya begitu tertarik dengan Mia, entah kenapa diapun tidak mengetahuinya. Cuma hati kecilnya begitu senang melihat Mia. Khairulpun berlalu menuju ke pejabatnya.
Mia melangkah ke bilik kuliah dengan penuh semangat, walaupun kebiasaannya sebelah petang mesti ada yang mengeluh kepenatan tapi tidak bagi mia. Hati mia rasa sungguh bersemangat, mungkin kerana pagi tadi dia dapat menjawab dengan baik sekali kertas testnya  bagi subjek bahasa. Sementara menunggu pensyarahnya masuk bagi subjek seterusnya mia setia dengan buku novel yang bawa ke mana-mana aje dia pergi. Buku novel adalah teman setianya bila waktu kelapangan dia akan terus membacanya. Minatnya terhadap novel terpancar dari bangku sekolah lagi. Tiba-tiba terdengar suara seseorang memberi salam kepada kelasnya.’Assalamualikum kelas’ katanya. Semuanya menjawab ‘Walaikumusalam’. Mia terus menutup buku novel dan menyimpannya dalam beg. Mia tidak memandang ke depan terus mencapai buku notanya dan secara tiba-tiba mia tertoleh kepada pensyarah baru masuk kekelasnya. Mia terkejut dan tidak menyangka pemuda yang menyapanya semalam mengajar di kelasnya. Mia cuba menyembunyikan mukanya disebalik buku nota tapi tidak berhasil. Akhirnya Khairul terpandang ke arah Mia. Diapun seolah-olah terpaku memandang Mia. Mia hanya tersenyum tersipu-sipu. Khairul meneruskan kelas sehingga selesai. Kelas selesai aje mia bergegas keluar.

Tiba-tiba mia rasa seolah-olah ada seseorang memanggilnya daripada belakang. ‘Mia tunggu kejap, saya nak cakap kejap’, khairul bersuara. ‘Ooo encik Khairul, ada apa ye, panggil mia’, lembut saja mia menjawabnya. ‘Saya nak mia tolong boleh tak’, Khairul memandang tepat ke muka gadis manis ini. ‘Tolong apa, kalau kena gayanya apa salahnya’ mia terasa dirinya diperhatikan dari atas ke bawah. Mia terasa malu, ‘Tak adalah saya cuma nak tanya mia kalau-kalau mia tahu rumah sewa yang kosong  berhampiran dengan kampus ni, sebab saya orang baru di Bandar ni, belum tahu selok beloknya,” khairul berbicara dengan penuh harapan. Sekarang ni khairul menumpang dirumah ibu saudaranya, rasanya kurang selesa, dia lebih suka berdikari sendiri. “nantilah kalau ada, mia bagi tau’, mia menjawab. ‘Terima kasih mia, kerana tolong saya,” lantas ia meneruskan tutur bicaranya mengajak mia minum di ‘food court’ di depan kampus. Entah kenapa mia menurut saja ajakan khairul. Sejak pertemuan semalam hati mia seolah-olah terasa lain. Begitu senang memandang pemuda di depannya itu. ‘Boleh saya tahu, tentang latar belakang mia, itupun kalau mia tak keberatan, ujar khairul. Mia bercerita sedikit tentang diri nya kepada khairul. Khairul memandang mia dengan lirikan matanya sambil tersenyum. Hatinya berkata-kata, inilah gadis yang ku cari-cari selama ini. Dia rasa dirinya sungguh bertuah dapat mendampingi gadis bernama Mia Maisyarah. Sungguh indah nama itu. Perbualan mereka terhenti apabila mia mohon diri kerana hari sudah menjelang petang. “Errr..en khairul saya mintak diri dulu sebab dah petang ni, kejap lagi masuk waktu magrib”, usul mia. “Ya tak ya…dah petang ni..oklah lain kali boleh saya jumpa lagi mia”, khairul mengharap agar mia akan berjumpanya lagi. Mia hanya tersenyum dan berlalu pulang. Khairul menghantar mia ke kereta dengan hati gembira. Sempat juga dia meminta no. talipon mia, katanya untuk simpanan.

Usikan nakal teman-teman mia sering kedengaran sejak mia kenal khairul. Dari hari itu bila masa terluang khairul sering membawa mia kemana saja. Jiwanya dan mia diruntun kasih tiada terhingga. Hari demi hari berlalu begitu pantas dirasakan. Sampailah masanya mia menghadapi peperiksaan akhir di maktab bagi merealisasikan impiannya selama ini. Malam itu, sedang mia sibuk mentelaah talipon bimbitnya berbunyi. Mia melihatnya, hatinya diulik riang, apa tidaknya kekasih hati memberi semangat. ‘Hello sayang, sibuk ulangkaji ke?”, suara itu mia dah faham sangat. Mia menyusun ayat menjawab dengan lembut dan mesra.”Ya, mia sibuk sikit ni, tengok-tengok apa yang patut,esok tak adalah mengelabah,’ bicara mia. “Alah, abang gerenti mia boleh jawabnya, mia kan pelajar cemerlang, don’t worrylah,” khairul memberi kata-kata perangsang kepada kekasih hatinya. Mia hanya mendengar kata-kata khairul dengan penuh minat. Hari-hari peperiksaan mia lalui dengan penuh beryakinan sehinggalah habis peperiksaannya.

Saat-saat  mia akan pulang kerumahnya telah tibam esok mia akan kembali ke rumah ibubapanya kerana pengajiannya telah selesai hanya menunggu keputusan diumumkan. Malam itu mia berjanji akan keluar bersama kekasih hatinya. Khairul menjemput mia di depan rumah sewanya. Wow,  malam itu mia berdandan simple saja tapi tetap cantik dan manis. Mereka keluar makan dan bersiar-siar. Cuaca sungguh indah dan nyaman, tambahan rambulan memancarkan sinar yang sungguh indah. Khairul memulakan bicaranya” esok mia dah nak balik,tinggallah abang sendiri kat sini,” Mia menjawab sayu, “Abang boleh jumpa mia juga nanti, sabarlah,” mia menarik nafas panjang. Sedih juga hatinya henadak meninggalkan khairul tapi apakan daya pengajianya dah tamat ia perlu pulang ke pangkuan ibunya. Terlalu rindu kepada keluarganya kerana sudah lama tidak pulang kerana sibuk dengan kuliahnya. Mia bersuara lagi “ Nanti abang boleh talipon mia dan sesekali abang boleh jumpa mia kalau abang cuti,” Khairul mendengar tutur kata mia dengan sungguh bermakna.”Oklah nanti abang rindu abang jumpa mia, bolehkan,” Mia hanya mengangguk dan tersenyum. Malam telah jauh melabuhkan tirainya. Merpati dua sejoli berlalu pulang dengan perasaan yang sedih. Pastinya esok mia akan berangkat pulang.

Keputusan peperiksaan mia telah diperolehi, alahamdulillah mia telah berjaya dengan cemerlangnya, pelajar terbaik milik mia. Langkah seterusnya mia menunggu kemana pulak ia ditugaskan sebagai seorang pendidik. Sementara menanti penempatan tempat bertugas mia hanya duduk dirumah membantu ibunya. Mia mahu berehat sebelum memulakan tugasan barunya. Hubungan mia dengan Khairul tetap berjalan seperti biasa. Mia sentiasa berhubungan bagi melepaskan rindu masing-masing. Biasalah kalau bergayut talipon tak cukup 10 minit mesti lebih. Ada saja cerita yang hendak dibualkan. Dirasanya dekat sahaja jarak antara mereka berdua.

Tengahari itu, posmen datang kerumahnya, mia berlari-lari keluar mengambil surat yang dihantar. Surat itu tertulis “urusan Paduka Baginda” , mia sudah dapat merasakan hari ini mesti ada surat untuknya. Surat dibuka, mia gembira sekali kerana dia telah ditempatkan di sekolah rendah di kampungnya. Hasrat dan hajatnya untuk mendidik anak kampungnya tercapai. Mia memberitahu ibunya dengan perasaan yang sungguh gembira. Tidak lupa mia memaklumkan kepada kekasih hatinya berkenaan penempatannya. Khairul mengucapkan tahniah kepada kekasih hatinya. Mia akan mengajar pada bulan Januari nanti iaitu awal penggal persekolahan.

Cinta mia terhadap Khairul berakhir dengan Khairul memberitahu keluarganya lalu mia dilamarnya dan akhirnya mia sah menjadi isterinya yang sah. Janjinya selama ini terlaksana dengan membina sebuah mahligai yang indah bersama Mia. Mia bersyukur ke hadrat allah kerana telah menemukan jodoh dengan pilihan hati yang selama ini dinanti-nantikan. Semoga allah merestui jodoh mereka sehingga ke hujung nyawa.

Nukilan : maz mmy/melaka

No comments:

Post a Comment