Tuesday 3 May 2011

Perjalanan Hidupku 3

Perjalanan Hidupku 3


Kisah kali ini adalah tentang cerita anak-anakku dalam proses pembesarannya yang banyak melalui liku-liku kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Membesarkan anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi, bukan senang menerima amanah yang dianugerahkan allah ini Semua tanggungjawab yang diberikan cukup hebat dan berat,  aku sebagai ibubapa menerima amanah ini bagi menjalankan kewajipan dengan cara didikan yang terbaik.

Aku dianugerahkan cahayamata seramai lima orang iaitu empat perempuan dan yang bongsu lelaki. Semasa bersekolah rendah anak-anakku semuanya bersekolah rendah berhampiran dengan rumahku sahaja. Lebih kurang tak sampai 2 km daripada rumahku. Namun kekangan kerja tidak membolehkan aku menghantar anak-anakku ke sekolah setiap hari. 

Masihku ingat lagi  pada suatu hari anak pertama dan keduaku berjalan kaki pergi dan balik. Tapi entah kenapa pada suatu hari berlaku kejadian yang tidak terlintas di dalam kotak fikiranku. Aku bekerja seperti biasa pada hari tersebut. Tak silap hari tu adalah hari Jumaat. Anak-anakku balik dari sekolah seperti biasa hanya berjalan kaki tetapi disuatu simpang anak-anakku telah diganggu oleh seseorang yang tidak dikenali.

Sedang anak-anakku berjalan menuju pulang tiba-tiba disapa oleh suara seorang lelaki dengan menaiki kereta proton iswara areback berwarna hijau. Lelaki itu mengajak anak-anakku menaiki keretanya untuk pergi makan dan katanya nanti dia akan bagi anak-anakku rm 5.00 seorang selepas makan. Anak-anakku terkejut dengan mengelengkan kepala. Lantas lelaki itu beria-ia mengajak anakku. Dengan menggunakan akal fikiran anakku berlari menuju ke rumah di taman berhampiran. Mereka berlari sekuat hati memasuki pintu pagar rumah tersebut yang tidak berkunci. Tuan rumah terperanjat melihat anakku termengah-mengah masuk ke dalam pagarnya. Anakku menceritakan apa yang berlaku. Setelah keadaan reda anak-anakku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Sampai dirumah anakku terus menalipon aku di pejabat dengan tanggisan ketakutan. Aku terperanjat lalu mengambil keputusan pulang awal kerumah untuk melihat apa yang telah terjadi.

Sampai dirumah aku terus menerpa ke arah anak-anakku dan bersyukur kehadrat ilahi kerana tiada perkara buruk yang terjadi. Mujurlah anak-anakku bijak menggunakan akal fikirannya. Jikalau anak-anakku mengikut kata lelaki tersebut tak taulah apa yang terjadi. Selepas kejadian tersebut aku mencari kenderaan bayar bulan untuk mengambil dan menghantar anak-anakku kesekolah. Biarlah aku bersusah payah dan berkorban wang ringgit janji anakku terjamin keselamatannya pergi dan balik dari sekolah. Sehingga sekarang anak-anakku menaiki kenderaan berulang alik kesekolah. Aku serik dengan kejadian yang menimpa anak-anakku. Setiap hari aku berdoa kehadrat ilahi semoga keselamatan anak-anakku diperlihara setiap masa dan saat.

Sekarang ini anak pertamaku (Nur Diyana) telah tamat pengajian diploma perakaunan dari politeknik dan menunggu untuk meneruskan ijazahnya dan anak keduaku (Nur 'Izzati) berada di semester 5 di UiTM Melaka. Hanya tinggal 3 orang masih bersekolah. Tahun 2012 ketiga-tiga anakku (Nur Haziqah-SPM),(Nurin Fathiah-PMR) dan yang bongsu (Haziq Izzuddin-UPSR). Semoga anak-anakku berjaya dalam bidang masing-masing. Tiada harta yang lebih bermakna selain daripada ilmu pengetahuan, hanya itu harta yang yang dapat diberikan oleh kedua ibubapamu.

Pengajaran yang boleh diperolehi daripada kisah aku kali ini supaya kita sentiasa berhati-hati dan janganlah terlampau memikirkan kewangan tetapi keselamatan anak tidak terjamin. Kita ibubapa mesti berkorban demi anak-anak tersayang.


 
Nukilan : maz mmy/melaka




No comments:

Post a Comment