Saturday 7 May 2011

Cetusan Rasa : Jiwa Seorang Wanita dan Ibu

Jiwa Seorang Wanita dan Ibu
(Khas buat semua insan yang di panggil mak/ibu/mama/umi dll)

Semua insan yang bergelar ibu mesti melalui detik-detik mencabar di dalam kehidupan sehariannya. Anugerah insan dipanggil ibu ini amat teristemewa dan terunggul dalam melalui liku-liku kehidupan ini. Kepahitan dan kemanisan kehidupan sudah menjadi lumrah. Suka dan duka menjadi mainan dalam meniti arus kehidupan. Betapa besarnya pengorbanan yang diberikan sebagai seorang wanita.

Didalam dunia yang penuh dengan cabaran ini wanita tidak lari dari mewarnai dunia global ini. Peranan kaum wanita tidak di pandang rendah malah selari dengan kaum lelaki. Rentak wacana kaum wanita sungguh di pandang mulia. Keutamaan kaum hawa walau dimana jua berada memberi laluan mudah memartabatkan golongan ini. Alahamdulillah suara-suara kaum wanita di dunia ini telah diberi perhatian yang sewajarnya. Pembelaan dan penindasan telah terbela.

Naluri wanita dan ibu menjiwai semua wanita di dunia ini. Kekeluargaan yang bahagia terbentuk daripada belaian kasih sayang seorang ibu. Didikan yang sempurna dan perhatian yang tiada belah bagi telah melahirkan genarasi yang sungguh diperlukan oleh negara kita. Kesempurnaan dalam sesebuah rumahtangga itu dapat memberi impak yang maksima kepada budaya kehidupan anak-anak kita. Ibu adalah menjadi idola terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, kaum ibu mestilah memberi contoh terbaik untuk anak-anak.

Pengorbanan seorang ibu bermula dengan mengandungkan selama 9 bulan 10 hari dengan melalui berbagai rintangan dan kepayahan ketika itu. Sehinggalah melahirkan dengan bertarung nyawa dan memberikan kasih sayang terbaik sehingga anak-anak membesar supaya menjadikan seorang insan yang berguna kepada bangsa, agama dan masyarakat. Peranan ibu di dalam sesebuah keluarga amat bermakna demi kebahagian yang dicari disamping peranan bapa yang begitu penting mendidik sebuah keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lirik lagu Aisyah 'syurga itu terletak ditelapak kaki ibu' membawa kebenaran dan kesahihan bahawa kasih sayang ibu tiada ternilai dan tandingannya. Hargailah ibu kita ketika usianya masih ada andai ibu kita telah meninggalkan kita dari dunia ini, menanggis airmata darah sekalipun tiada gunanya lagi. Oleh itu, hormatilah mereka dan berikan perhatian sepenuhnya agar kita tiada penyesalan dikemudian hari nanti. Ibu ibarat lilin yang mewarnai kehidupan anak-anak agar menjadi insan yang dihormati dan dihargai, tanpa kasih sayangnya anak-anak tiada kesempurnaan dalam kehidupan mereka.

Janganlah kita menguris hati seorang ibu andai telah terguris lukanya amat parah. Andai kita telah melakukan kesalahan yang telah menyinggung hati dan perasaannya cepatlah kita wahai anak-anak memohon ampun dan maaf kerana andai terlambat penyesalan tiada gunanya. Ingatan mesra ini wajar dinyatakan kepada anak-anak seperti kita kerana kita hidup di dunia ini hanya sementara, ditakuti apabila kita ingin meninggalkan dunia ini, dhujung nyawa kita betapa susah nyawa meninggalkan jasadnya, andainya tiada keampunan dari ibu kita. Janganlah kita jadi seorang anak yang durhaka.

Sempena hari ibu pada 8 Mei 2011, kami semua mengucapkan selamat hari ibu khas buat semua kaum wanita bergelar ibu. Kami amat menyangyangimu ibu.

Cetusan rasa : maz mmy/melaka

No comments:

Post a Comment